..RiZtKa..
Tuesday, May 27, 2008
Kisah ini diberi judul:{iklan susu dilarang di Arab} & Semua terlukis dari ketikan keyboard t!cKa

Dapet dr milist.. :)
just share..
===========================================================
Saudi haramkan iklan susu bayi May 26, '08 1:03 PM for nikmahmud's network
http://nikmaa.multiply.com/reviews/item/409/Saudi_haramkan_iklan_susu_bayi
Langkah Jabatan Kesihatan Direktorat galak ibu susukan sendiri anak selepas bersalin

JEDDAH: Semua hospital dan klinik di Arab Saudi tidak lagi dibenarkan mempromosi susu tepung bayi mulai esok berikutan satu peraturan baru yang dikenakan kementerian kesihatan negara itu. "Langkah ini bertujuan menggalakkan penyusuan ibu," kata Dr. Manal Khorshid, koordinator program penyusuan di Jabatan Kesihatan Direktorat Jeddah.

Arab News melaporkan undang-undang baru itu termasuk 28 artikel membabitkan pemasaran susu bayi, bahan makanan gantian, botol bayi dan puting. Ia turut melarang iklan dan promosi susu formula dan makanan tambahan termasuk menawarkan sampel percuma di hospital dan klinik. "Malah iklan televisyen juga perlu dihentikan," kata Khorshid. "Ibu perlu menyusu sendiri anak yang baru dilahirkan sebaik saja melahirkan mereka.
Ia tidak benar bahawa kolostrum susu yang dihasilkan ibu ketika melahirkan anak tidak mencukupi untuk bayi. Malah bayi yang baru dilahirkan tidak boleh mendapat lebih lima hingga tujuh milimeter. Perut mereka kemudian membesar untuk menampung sejumlah 27 hingga 30 mililiter," katanya.

Ibu mula mengeluarkan hormon prolaktin ketika mereka memasuki usia tujuh bulan kehamilan. "Semua ibu mempunyai perubahan ini tetapi ada di antara mereka kekurangan susu kerana kaedah yang silap digunakan ketika menyusu anak mereka," katanya.
Hospital, pengeluar, pengimport dan pengedar yang melanggar peraturan berkenaan akan didenda antara SR5,000 (RM4,290) hingga SR150,000 (RM128,705) dan ditutup selama 180 hari.
Sesetengah hospital bersifat mesra bayi tidak membenarkan pengedaran produk promosi berkenaan tetapi hospital lain termasuk hospital kerajaan memberikan sampel percuma dan memberikan susu formula kepada bayi sebaik mereka dilahirkan. Malah ada ibu yang kurang pengetahuan mengenai kepentingan susu ibu dan imuniti yang diperoleh bayi.

Kementerian Kesihatan, Kementerian Perdagangan dan badan lain yang berkaitan akan memantau pelaksanaan peraturan baru itu. Produk bayi juga akan diperiksa untuk memastikan ia memenuhi standard yang ditetapkan Pertubuhan Standard Arab Saudi. Kementerian turut mengeluarkan satu undang-undang kecil eksekutif Februari lalu bagi melaksanakan undang-undang baru berkenaan akhir bulan ini.

Labels:


terlukis dari ketikan keyboard t!cKa @ 10:14 AM  

Do you know



About..





Recent story



Stories of us



Tell anything



Beloved friends

Powered by..

kk+edek

RizTka's RSS Feedback
IP








Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.comGet awesome blog templates like this one from BlogSkins.comGet awesome blog templates like this one from BlogSkins.com